
SHAH ALAM 24 NOV : Kira-kira 164 penjaja pasar pagi di Taman Sri Muda akan di pindahkan ke pasar baru yang akan dibina Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam masa terdekat.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata setakat ini MBSA sudah siap merangka pelan bangunan dan sedang berunding dengan pihak pemaju swasta bagi kerja pembinaan.
Katanya, pembinaan pasar baru di atas tanah berkeluasan 0,44 hektar itu akan dilaksanakan mengikut standard Build Operate Transfer (BOT) dan MBSA akan membina pasar itu sendiri jika tidak berjaya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan melihat kos pembinaan secara ‘value for money’ atau nilai untuk wang supaya tidak membebankan penyewa pasar berkenaan.
“Saya memahami dengan mendalam keadaan penjaja ini yang sudah lama beroperasi iaitu kira-kira 25 tahun lalu. Mereka ini dipindahkan kerana pemilik tanah pasar sementara ini sudah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan penjaja, sebelum 31 Mei 2014.
“Jadi, kerajaan negeri mengambil berat akan keadaan mereka dan bersedia membantu. Kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Chang Khim berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak sementara penjaja pasar pagi itu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, di sini, hari ini..

“Ini dapat mengelakkan berlakunya masalah sosial di kawasan ini kerana jika dibiarkan orang asing berniaga akan menimbulkan keresahan warga tempatan di sini,” katanya.
-NFN-
selangorkini
No comments:
Post a Comment