Thursday, November 21, 2013

Ketua Pembangkang Selangor Sambil Lewa , Melontar Fakta Salah!






Tindakan ketua pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias membangkitkan "fakta salah" semasa membahaskan belanjawan negeri 2014 mencetus kemarahan wakil Pakatan Rakyat yang mencelah dan meminta beliau “mengambil kursus ekonomi” terlebih dahulu.
Dalam ucapannya, Shamsudin menyelar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya membentangkan bajet tambahan setiap hujung tahun sejak 2009, walau selepas membentangkan bajet berimbang setiap tahun.

Kenyataannya itu menyebabkan Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) bangun dan mendakwa ADUN Sungai Burong itu tidak meneliti ucapan bajet tersebut dengan berhati-hati apabila disampaikan oleh Khalid semalam.

Teng yang merupakan bekas Speaker DUN Selangor itu turut menjelaskan, kerajaan sentiasa mengkaji semula belanjawan setiap enam bulan untuk memantau baki perbelanjaan untuk mengelakkan defisit.

Tambahnya, kerajaan negeri hanya akan membentangkan belanjawan tambahn selepas kerajaan negeri mengkaji semula belanjawan dan mendapati terdapat pendapatan tambahan.

“Sungai Burong (Shamsudin) tidak baca kenyataan, dia tidak tahu apa yang diumumkan menteri besar. Jadi saya rasa dia perlu pergi kursus dulu," kata Teng.

Shamsudin bagaimanapun tidak mengendahkan celahan Teng dan meneruskan ucapannya dengan menyenaraikan jumlah belanjawan tambahan yang dibentangkan kerajaan negeri sejak 2009.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsudin turut membangkitkan semula memorandum yang dikemukakan Kelab Penyokong Kerajaan pada Oktober lalu berhubung tuntutan agar kerajaan tidak mengurangkan peruntukan pembangunan.
Katanya, dalam pembentangan bajet semalam, menteri besar mengumumkan suntikan sebanyak RM430 juta untuk perbelanjaan pembangunan dari rizab tunai kerajaan.
Suntikan itu menyebabkan jumlah peruntukan pembangunan meningkat menjadi RM1.055 bilion yang didakwanya sebagai"bajet desakan".
“Kalau tengok daripada itu dia macam ada bajet desakan (sebab) ada memorandum (BBC) menuntut supaya ditambahkan peruntukan belanjawan 2014,” kata Shamsudin.



malaysiakini

No comments: