Tuesday, December 10, 2013

Cuti Mingguan Di Selangor Status Quo , Titah DYMM Sultan Selangor



SHAH ALAM 9 DIS : Selangor tidak bercadang untuk menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti mingguan, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Sultan Sharafuddin bertitah bahawa Selangor sudah menjadi pusat perdagangan di seluruh negara dan antarabangsa sebelum kemerdekaan lagi.
Titah baginda, peralihan cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu berkemungkinan menjejaskan pelaburan dan urusan perniagaan di negeri itu.
“Terdapat banyak perniagaan antarabangsa di Selangor dan beta tidak fikir bahawa komuniti perbankan akan menyukainya.
“Jika Jumaat adalah cuti umum, ia akan menjadi sukar untuk menyelaraskan dengan negara-negara lain, termasuk Singapura.
“Ia akan menjadi sukar bagi komuniti perniagaan untuk menjalankan urus niaga mereka dan ia boleh memberi kesan kepada pasaran saham,” titah Sultan Sharafuddin yang dipetik daripada The Star.
Temubual bersama Baginda dan The Star dilakukan bersempena sambutan ulang tahun ke-12 di atas takhta dan ulang tahun ke-68 Baginda pada 11 Disember 2013.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengumumkan perubahan cuti kepada hari Jumaat dan Sabtu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
Johor bakal mengikuti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin berkata, Selangor tidak menerima aduan daripada masyarakat Islam mengenai permasalahan dalam melaksanakan solat Jumaat.
“Setiap kali beta pergi ke masjid di Selangor pada hari Jumaat, ia sentiasa penuh, majikan sentiasa bertolak-ansur dan membenarkan kakitangan mereka untuk melaksanakan tanggungjawab agama mereka.
“Tidak ada alasan bagi kita untuk mengubahnya kepada hari Jumaat,” titah Baginda Sultan lagi.
-EZY

No comments: