Tuesday, December 3, 2013

Pemaju Menggunakan Khidmat Samseng Dikala Pihak Berkuasa Merobohkan Rumah Pekerja Estet

polis mengasari alagamah

SHAH ALAM 3 DIS: Pengerusi Biro Aduan Rakyat PKR, S Manikavasagam kesal dengan tindakan syarikat konglomerat multinasional yang menggunakan kira-kira 150 orang samseng dan polis untuk menghalau keluar 86 pekerja Estet Bukit Rajah, di sini, 26 Oktober lalu.
Pekerja yang sudah berkhidmat antara 20 hingga ke 40 tahun dengan syarikat menjalankan aktiviti perladangan itu dihalau sebelum rumah mereka dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan kawasan perindustrian dan perumahan.
Manikavasagam berkata, tindakan meroboh 20 kediaman pekerja itu melanggar perjanjian yang dibuat antara penduduk dan syarikat terbabit yang sebelum ini berjanji untuk membina rumah lain terlebih dahulu sebelum kerja meroboh dijalankan.
“Syarikat itu berjanji untuk menyiapkan rumah di kawasan yang tidak berapa jauh dari sini dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga kini rumah masih belum disiapkan membabitkan perjanjian, pada 2009.
“Malangnya, syarikat terbabit melanggar perjanjian itu dengan menghantar polis dan samseng yang menggunakan kekerasan serta bertindak ganas menghalau penduduk yang terdiri daripada pekerja Oil Mill Division syarikat keluar daripada rumah mereka.
“Anggota polis lelaki juga bertindak kasar ke atas penduduk wanita dan ini adalah satu kesalahan kerana tidak mematuhi prosedur yang sepatutnya,” katanya.
Manikavasagam berkata, seharusnya sebarang tindakan atau penahanan terhadap wanita perlu dijalankan anggota polis wanita.
polis mengasari alagamahKatanya, mangsa terbabit, M Alagamah akan membuat laporan polis berhubung kekasaran itu dengan dakwaan mencabuli hak wanita.
Selain anggota polis, Manikavasagam mendakwa terdapat pihak yang dikatakan sebagai ‘samseng berlesen’ yang turut bertindak menghalau penduduk terbabit sebelum kerja meroboh dijalankan.
Sebelum ini, seramai 38 pekerja Main Division mengalami nasib sama apabila mereka diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada sebuah projek syarikat berkenaan, pada 2009.
Bagaimanapun, sehingga kini pekerja terbabit sehingga masih menyewa disebabkan syarikat itu gagal membina rumah seperti yang dijanjikan mereka.
-NFN-

No comments: