Sunday, December 8, 2013

N50 Dun Sri Muda Menyambut Baik Kedatangan Delegasi Dari Pulau Pinang




Kota Kemuning- Pejabat Dun Sri Muda hari ini menyantuni delegasi dari Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pegawai Penyelaras KADUN Teluk Bahang Dato' Hj Abdul Halim dan rombongannya seramai 60 orang ke N50 Dun Sri Muda untuk berkongsi pengalaman.Delegasi ini tiba di Selangor pada 6 Disember dimana lawatan bermula di Parlimen Pandan dan seterusnya ke Lembah Pantai.Dun Sri Muda merupakan destinasi penutup.

Majlis yang dilaksanakan di Restoran Mayflower ini dimeriahkan lagi dengan teman-teman Ahli Majlis Saudara Azmizam,Tan Ah Kow dan Pn. Ruthira serta Ketua Kampung Johan Setia Imam Jalil , Bukit Naga Tn Haji Buang dan Kampung Baru HICOM Imam Kamal.

Ketibaan jam 12 tengahari dimulakan dengan bacaan doa oleh Biro Agama Sri Muda Ustaz Suhaimi Mahmud kemudian ucaptama dari Ahli Dewan Negeri Sri Muda Tn Hj Shuhaimi Hj Shafiei dengan pengisian pengalaman gerak kerja politik untuk unjuran kemenangan majoriti 12,510 pada PRU-13 ini memberi manafaat kepada tetamu kehormat.

Seterusnya acara menjemput Dato' Hj Abdul Halim untuk memberi ucapan serta sedikit input lanskap politik di Pulau Mutiara khususnya KADUN Teluk Bahang.Antara perbezaan Pulau Pinang dan Selangor ialah Pihak Berkuasa Tempatannya hanya tertakluk kepada 1 pengurusan yang dikelola oleh Perbandaran Pulau Pinang berbanding di Dun Sri Muda sahaja kita punyai MBSA,MPK dan MPSJ.

Geografi KADUN Teluk Bahang ini merangkumi kawasan desa dimana akses maklumat itu terhad dan politik wang menular ditambah pula dengan gerak kerja seteru yang mengamalkan politik samseng dengan teori sinonim mereka "Politics Of Fear" hingga menyebabkan orang melayu khususnya takut dengan bayang-bayang sendiri.

Maka Program sebegini adalah inisiatif baik untuk berkongsi pengalaman dan merapatkan silaturrahim.Amalan ini wajib diteruskan agar kesepakatan Pakatan Rakyat makin kukuh dan terus robek pihak lawan.

Lokaliti ladang Nenas terbesar Selangor ialah di Kampung Johan Setia justeru cenderahati simbolik Dun Sri Muda ini khas kepada tetamu terhormat menikmat buah yang  terbaik dari ladang Selangor

Selepas selesai ucaptama dan makan tengahari delegasi dijemput untuk melawat pejabat Dun Sri Muda dan mengadakan sesi soal jawab bersama YB Shuhaimi Shafiei saling bertukar pendapat dan ilmu bagi mencakna gerak kerja tebaik untuk peperangan akan datang.

"Program ini adalah manifestasi bahawa Pakatan Rakyat Selangor bukan sahaja mempertahankan kemenangan Selangor malah memperkukuhkan Pakatan Rakyat seluruh negara tawan Putrajaya"    - Ahli Dewan Negeri Sri Muda Shuhaimi Shafiei


Majlis menutup tirai dengan tayangan video khas N50 Dun Sri Muda.



Mj

No comments: