Friday, December 6, 2013

Nelson Mandela Pergi Dengan Meninggalkan Kesan Pada Dunia


Wira anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 di rumahnya di  Johannesburg semalam selepas sekian lama mengalami jangkitan paru-paru.

Walaupun Mandela sakit selama hampir setahun, namun pengumuman Presiden Jacob Zuma lewat semalam mengenai kematian bekas presiden dan pemenang Nobel Peace Prize itu telah mengejutkan rakyat Afrika Selatan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata dunia telah kehilangan seorang yang paling berpengaruh dan berani.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menganggap Mandela sebagai seorang wira terulung dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dunia. 

Rakyat Afrika Selatan juga terkejut dengan berita tersebut. "Rasanya seperti bapa anda sendiri yang telah meninggal dunia. 

"Beliau adalah seorang yang baik, mempunyai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan ikutan. Beliau menjadi 'role model', tidak seperti pemimpin-pemimpin kita hari ini," kata Annah Khokhozela, 37.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas 27 tahun hidup dalam penjara apartheid untuk membawa negara itu menuju kepada demokrasi.

Mandela akan diberikan pengkebumian negara, dengan bendera dikibar separuh tiang.


MK

No comments: