Monday, December 2, 2013

Kadar Eletrik Naik 4.99 Sen - 38.53 Sen Per kWh Bermula Januari

Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.
Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Pengumuman yang bakal mengundangkan kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.
Setiausaha kementerian Datuk Loo Took Gee dilaporkan berkata pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk kestabilan ekonomi.
Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per kWh, dimana 8.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.
Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata sekiranya subsidi bahan api dimansuhkan, kadar elektrik akan menjadi sekitar 42 sen per kWh berbanding harga subsidi kini iaitu 33.5 sen per kWh.
Beliau berkata kos bagi menghasilkan bahan api bagi seunit mencatat pada 30.9 sen pada kadar semasa. MyPower menjangkakan kenaikan sebanyak 8.5 sen per kWh dimana ia turut menyaksikan kenaikan 26%.
Ongkili pada awalnya berkata tarif elektrik di Malaysia lebih rendah dari Thailand dan Filipina namun lebih tinggi daripada Indonesia dimana negara tersebut memberi subsidi sepenuhnya bagi bekalan tenaga.
Kali terakhir negara menaikkan tarif elektrik ialah pada Jun 2011 dimana subsidi harga gas dinaikkan pada RM13.70 juta Unit Metrik British Thermal (mmbtu) berbanding sebelumnya sebanyak. RM10.70 juta.
Subsidi bagi sektor bekalan api dijangka sebanyak kira-kira RM8 bilion hingga RM12 bilion bagi setahun bergantung pada kos input bahan api dan gas. – 2 Disember, 2013.

No comments: