Sunday, December 1, 2013

Pejuang PR & Juga Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Kembali Ke Rahmatullah , Al-fatihah



Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari (gambar) meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.
“Sah Datuk Fauzi meninggal dunia,” kata seorang aktivis PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Fauzi menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menjadi calon parti Islam itu bagi kerusi Parlimen Larut di Perak.
Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.
Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.
Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu.
Fauzi memecahkan rekod dalam dunia kepolisian dan politik apabila menjadi bekas anggota paling kanan yang menyertai parti pembangkang. – 1 Disember, 2013.

TMI

No comments: