JEDDAH: Beratus-ratus bas memenuhi tempat letak kenderaan di luar Terminal Haji Raja Abdul Aziz di sini ketika jemaah haji dari seluruh dunia terus tiba secara berkumpulan untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.
Beribu-ribu bas lain pula sedang membawa hampir dua juta jemaah - kebanyakan mereka tiba melalui udara, manakala selebihnya melalui darat dan laut.
Apabila tiba di Jeddah, pintu masuk ke bandar suci Makkah dan Madinah, para jemaah menunggu dengan penuh sabar di terminal haji yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.
Sekumpulan jemaah, kesemuanya berpakaian ihram, kelihatan mencari arah kiblat atau Kaabah sebelum menunaikan solat 'qasar Isyak' berimamkan seorang daripada mereka di ruang menunggu di terminal itu.
Ketika menunggu di situ, mereka tidak putus-putus mengucapkan “Labbaik Allahhuma Labbaik…” (Kami datang dan akan melaksanakan perintah-Mu ya ALLAH).
Para pegawai di terminal itu memaklumkan kepada jemaah bahawa urusan membawa bagasi mereka ke terminal berkenaan akan mengambil sedikit masa.
“Bersabarlah. Insya-ALLAH, semuanya berjalan dengan baik, jangan bimbang,” kata seorang pegawai Kementerian Kebudayaan dan Penerangan, yang hanya dikenali sebagai Hamdan.
Hamdan berada di situ bagi membantu pelawat, termasuk dari Malaysia, sebagai pemerhati pelaksanaan ibadah haji tahun ini.
Seperti Hamdan, kebanyakan pegawai Saudi di terminal itu memohon maaf kepada jemaah kerana terpaksa menunggu begitu lama sebelum dapat meneruskan perjalanan mereka.
Walaupun kerajaan Arab Saudi tidak putus-putus berusaha untuk menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan untuk menjamin kemudahan dan keselesaan jemaah, namun beberapa kelewatan tetap berlaku. Bagaimanapun, para jemaah dinasihati bersabar.
Terminal Haji seluas sekurang-kurangnya lima juta kaki persegi (465,000 meter persegi) ini terkenal dengan bumbung berbentuk khemah yang diperbuat daripada gentian kaca.
Terminal ini juga mempunyai sebuah masjid yang boleh menampung 80,000 jemaah pada sesuatu masa.
Dewan kastam dan imigresennya berhawa dingin serta dilengkapi kemudahan untuk berwuduk, mesin air minuman, tandas dan ruang solat.
Tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi membuat keputusan mengurangkan jumlah jemaah luar negara sebanyak satu perlima, manakala dari Arab Saudi sendiri sebanyak separuh, bagi memudahkan kerja pembesaran Masjidil Haram.
-Bernama

No comments:
Post a Comment