Loading...

Wednesday, October 9, 2013

PRK Sg Limau: BGU KEADILAN Akan Gempur 7 UPU Utama


KEDAH 8 OKTOBER: Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN akan dibuka 17 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir Zamri Yusoff.
“BGU KEADILAN akan dibuka di Pekan Sungai Limau. Pelancaran dibuat serentak dengan jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat,” kata Zamri kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, KEADILAN akan menyusun program bersama PAS dan Pakatan Rakyat Kedah dengan menumpukan kepada beberapa kawasan Unit Pusat Undi (UPU).
“Dari 19 UPU di seluruh DUN Sungai Limau, Pakatan tewas di tujuh UPU ini pada Pilihan Raya Umum ke-13. Antaranya UPU Sungai Kering, UPU Dulang Kecil dan UPU Dulang Besar.
“KEADILAN  akan bantu menggempur tujuh UPU yang dikenalpasti sebagai kubu BN.
“Beberapa progam sedang diatur dan tumpuan di kawasan-kawasan tadi,” kata Zamri yang mengalu-alukan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

KD

No comments: