Monday, October 7, 2013

Soal GST , Anwar Ibrahim Tegas


SHAH ALAM - Desas-desus kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak pernah hilang, dan hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengadakan protes di seluruh negara jika perkara itu berlaku.

Menurutnya yang dipetik di laman portal berita Mstar Online berkata, PR akan menentang pelaksanaan cukai berkenaan di Dewan Rakyat sekiranya dilaksanakan dalam pembentangan Bajet 2014.

Beliau berkata, perkara tersebut akan menyebabkan penambahan beban kepada rakyat.

Kerajaan telah meningkatkan harga petrol. GST akan menambahkan jumlah bebanan kepada rakyat," katanya pada sidang media, di Seberang Jaya hari ini.

Pada Ogos lalu, media melaporkan  kerajaan akan cuba yang terbaik untuk memasukkan GST dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan berkata, matlamat utama adalah untuk memelihara negara dan tidak membebankan rakyat.

"Akan ada beberapa rebat dan barangan dinilai sifar bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung," katanya.

Sinar Harian


No comments: