Loading...

Friday, October 11, 2013

Kecuaian & Kebodohan Bukan Bidang SPRM



Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim.


malaysiakini

No comments: